Friday 13 July 2012

Portal Blog Kelas Pemulihan SKDPL

Blog Rasmi Kelas Pemulihan SK Dato' Klana Putra ini merupakan salah satu medium perantaraan pembelajaran secara interaktif kepada murid-murid yang memerlukan khidmat pemulihan. Murid-murid yang dikenalpasti mempunyai masalah dalam LINUS iaitu Literasi dan Numerasi yang berkaitan asas 3M iaitu mengeja, menulis dan mengira akan mengikuti pembelajaran di Kelas Pemulihan ini. Melalui Kelas Pemulihan ini, murid-murid akan diberi penekanan untuk menigkatkan kemahiran asas 3M supaya mereka tidak ketinggalan berbanding dengan rakan-rakan mereka yang lain apabila mereka telah meningkat umur. Diharapkan blog ini dapat memberi manfaat kepada warga sekolah amnya dan murid-murid yang memerlukan khidmat pemulihan supaya mereka lebih berminat untuk belajar seterusnya menigkatkan kemahiran asas 3M mereka melalui bimbingan guru-guru pemulihan yang terlatih.

No comments:

Post a Comment